PENGURNIAAN PINGAT SULTAN IBRAHIM TAHUN 2026
- UZMA MUHAMAD(JUPEM-JOHOR)
- 9 Jun
- 1 min membaca
Kluang, 6 Jun – Majlis penuh istiadat bagi Kurniaan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang Johor. Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR
Pengurniaan pingat tersebut merupakan satu pengiktirafan tertinggi daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kepada penerima yang telah memberikan perkhidmatan serta bakti yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Anugerah ini turut mencerminkan penghargaan institusi Kesultanan Johor terhadap usaha dan dedikasi rakyat yang menyumbang kepada kemajuan negeri Johor.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus berbakti dan menyumbang kepada kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada penerima Pingat Sultan Ibrahim Ketiga (P.S.I III) Tahun 2026
1. Encik Shaharudin bin Ghani (JUD Johor Selatan)
2. Encik Rahman bin Hussein (JUD Johor Utara)
3. Encik Mohd Rashid bin Md Nor (JUD Johor Timur)





_.png)




Mantap jupem johorrr