PENENTUAN NAMA GEOGRAFI
- Sr Sarah Shaharuddin (JUPEM-BDPP)
- 10 Apr
- 2 min membaca
MESYUARAT KELIMA KUMPULAN KERJA DASAR DAN PENGEMASKINIAN NAMA GEOGRAFI (KKDPNG) | 9 APRIL 2025
Mesyuarat KKDPNG merupakan mesyuarat tahunan yang perlu diadakan sebelum berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) dan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang turut diadakan secara tahunan.
Pada tahun ini, Mesyuarat Kelima KKDPNG ini telah diadakan pada 9 April 2025 (Rabu) yang dipengerusikan oleh YBrs LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemeetaan (BDPP), merangkap Pengerusi KKDPNG bertempat di Bilik Persidangan, Aras 15, Wisma JUPEM.
Edisi mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat tetap seperti yang disenaraikan di dalam Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Edisi Kedua. Antara ahli-ahli yang hadir adalah dari PLANMalaysia, Pusat Geospatial Negara (PGN) NRES, Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) serta tidak lupa wakil dari Bahagian-Bahagian JUPEM iaitu Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), Bahagian Kadaster (BK), Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM).

Seperti edisi terdahulu, selain membincangkan isu berbangkit berkaitan dengan penamaan nama geografi, mesyuarat kali ini turut membentangkan laporan aktiviti tahunan KKDPNG kepada ahli. Antara intipati perbincangan dan pembentangan adalah:
13th Divisional Meeting of United Nations Committee of Experts on Geographical Names (UNGEGN) Asia South-East (ASE);
Generic Terms of United Nations Group of Experts on Geographical Names Asia South-East (UNGEGN ASE) Division;
Pengemaskinian Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Fasa III (Peta Bandar);
Perluasan Pembangunan Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Fasa III kepada lima bandar yang terpilih;
Status Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Edisi Ketiga dan Penerbitan Dwi Bahasa; dan
Status Pengemaskinian Senarai Buku 3 Nama Pulau dan Entiti Geografi (NPEG) bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
Ujian Beta Soal Selidik Projek Kolaboratif UNGEGN dan United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management (UN-GGIM).
Ucapan Aluan Pengerusi KKDPNG Pembentangan kepada Ahli Mesyuarat
Selain, itu mesyuarat turut dimaklumkan mengenai persediaan dan kehadiran wakil Malaysia ke Sesi Ke 4 UNGEN 2025 yang akan berlangsung di Ibu Pejabat UN, New York, USA pada 28 April sehingga 2 Mei 2025.
Secara keseluruhannya, kepentingan penamaan nama geografi tidak dapat diabaikan kerana ia bukan sahaja memberi rujukan lokasi sesuatu tempat, namun ia mencerminkan sosioekonomi, bangsa, budaya, dialek, sejarah dan aktiviti persekitaran masyarakat setempat. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat memantapkan pengurusan pangkalan data geospatial kebangsaan.
Sumber: Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)
Comments