
INOVASI


dari niat
mencapai
matlamat
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Sama ada berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya. Kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi.
​
"Inovasi dan kreativiti amat penting untuk mana-mana organisasi, syarikat atau negara dalam memastikan tidak ketinggalan di peringkat dunia yang kini semakin mencabar"
Zainab Ahmad
1
Pemakluman
Memaklumkan bahawa penyertaan projek KIK dinilai berdasarkan kepada kriteria dan format Horizon Baharu KIK seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
2
Syarat, Kriteria dan Skema
Memaklumkan mengenai syarat-syarat penyertaan, kriteria penilaian dan skema pemarkahan Horizon Baharu KIK JUPEM
3
Tatacara Penyertaan
Memberi penjelasan berhubung tatacara penyertaan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Panduan ini dihasilkan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 mengenai Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.